Waktu operasi

Isnin: Waktu sekolah: 7.20 a.m -2.10p.m, Prep petang: 3.15p.m - 4.30p.m, Prep malam: 8.15p.m - 10.30p.m, Selasa:Waktu sekolah: 7.20a.m - 2.30p.m, Prep petang: 3.30p.m - 4.30p.m, Prep malam: 8.15p.m - 10.30p.m, Rabu:Waktu sekolah: 7.20a.m - 1.55p.m, Prep malam: 8.15p.m - 10.30p.m, Khamis:Waktu sekolah: 7.20a.m - 2.30p.m, Prep petang:3.30p.m - 4.30p.m, Prep malam: 8.15p.m - 10.30p.m, Jumaat:Waktu sekolah: 7.20a.m - 12.2op.m, Prep malam: 8.15p.m-10.30p.m

Laporan Kem Kepimpinan di Hutan Lipur Kuala Woh


Pada 15 dan 16 Jun yang lalu, Pengawas Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun telah mengadakan kem kepimpinan untuk pengawas pusat sumber. Kem kepimpinan ini mengambil masa dua hari satu malam. Seramai 27 orang pelajar telah terlibat dalam kem ini. Matlamat kem ini adalah untuk memupuk semangat jati diri dalam diri pelajar , membina kecerdasan fizikal dan mental dan mengeratkan silaturahim.


Kem ini telah melibatkan tiga orang guru iaitu Puan Nazimah bt. Naziruddin, sebagai guru penasihat manakala Cik Nurul Wahida bt. Yaacob dan Cik Waheeda bt. Yob sebagai guru pengiring. Rombongan kami bertolak dari sekolah pada pukul 7.30 pagi . Sepanjang perjalanan itu kami tidak mengalami sebarang masalah. Kami telah tiba di Karavan Park pada pukul 9.00 pagi. Setibanya kami di sana kami dibekalkan sarapan untuk mengalas perut kami bagi menjalankan aktiviti yang seterusnya. Setelah selesai sarapan kami diberikan taklimat oleh fasilitator berkenaan sepanjang kem ini. Selepas itu kami menjalankan aktiviti mendirikan khemah setelah diberi tunjuk ajar oleh fasilitator kami.


Pada pukul 11.00 pagi kami telah menjalankan aktiviti yang pertama iaitu ‘ Jungle Trekking’ . Sepanjang aktiviti ini para peserta telah bekerjasama dan saling membantu bagi melancarkan ekspedisi ini. Kami telah meredah sungai , berjalan di perkampungan orang asli dan lain-lain lagi.Setelah aktiviti ini selesai kami berhenti rehat seketika dan membersihkan diri. Selepas menunaikan solat zohor kami diberi taklimat oleh fasilitator kami tentang kepimpinan , banyak maklumat telah kami perolehi. Selepas itu , kami solat asar untuk menjalankan aktiviti yang seterusnya iaitu bengkel orienteering . Sebelum kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan bengkel ini. Semasa bengkel ini kami telah diajar mengunakan kompas dan kami perlu mempelajari cara pengunaan kompas yang betul kerana pada esok hari akan diadakan pertandingan melibatkan aktiviti ini.

Pada malam tersebut kami telah menjalankan aktiviti suai kenal dan bermain beberapa permainan . Pada pukul 9.30 malam ,kami telah menjalankan aktiviti berjalan malam. Aktiviti ini sangat mencabar kerana para pelajar diminta berjalan dalam keadaan gelap-gelita dan kami tidak dibenarkan membawa lampu suluh . Kami telah diminta berjalan secara berpasang-pasangan dengan menutup mata dan hanya memegang tali. Matlamat aktiviti ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat keberanian dan yakin dalam diri pelajar. Pada pukul 12.30 malam kami pulang ke khemah untuk membersihkan diri. Pada hari esoknya setelah solat subuh aktiviti bebas telah dijalankan. Pada pukul 9.30 pagi permainan orienteering telah dijalankan . Aktiviti ini amat mencabar kerana kami diminta untuk mencari maklumat yang diberi disekitar Kg. Woh hanya berdasarkan peta dan kompas. Aktiviti telah memupuk sikap keberanian dalam diri kami untuk bertanya dan berusaha menyelesaikan masalah.


Selepas makan tengah hari, kami diminta mengemaskan khemah untuk persiapan pulang ke sekolah. Sebelum berangkat pulang penyampaian hadiah dijalankan untuk peserta yang menang dalam permainan yang diadakan. Sebelum bertolak pulang kami membersihkan tapak perkhemahan dan kami pun berangkat pulang. Sesungguhnya banyak maklumat dan pengalaman yang kami perolehi sepanjang kem tersebut. Kami berharap segala yang kami perolehi dapat dikongsi dengan pelajar-pelajar yang lain.

No comments:

Post a Comment